Cronut Kota Kinabalu (Servis Penghantaran Makanan/Manisan Pintu ke Pintu)



Kategori: C.O.D/Penghantaran/Home Made (Manisan) Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia




Cronut Kota Kinabalu
Penghantaran ke sekitar Kota Kinabalu/Daerah berdekatan
Telefon: +60 19 883 3873 (Walter)
Instagram: @cronutkotakinabalu Klik SINI
Penyenaraian dibuat berdasarkan kepada penghantaran pada Ahad 13 Ogos 2017

Produk
Cronut (Pelbagai perisa seperti Coklat, Teh Hijau dan sebagainya)

Sejarah Produk
Cronut adalah gabungan antara Croissant dan Donut, sejenis pastri yang dicipta oleh Chef Pastri, Dominique Ansel dari Dominique Ansel Bakery di New York, Amerika Syarikat. Ia mula diperkenalkan kepada orang ramai pada 10 May 2013 dan sejak itu, Cronut menjadi kegilaan ramai.
Walter, seorang usahawan yang berasal dari Sabah, mendapat inspirasi dari kejayaan Dominique Ansel. Beliau terbaca tentang Cronut 2 tahun yang lalu dan beliau ingin tahu kenapa ramai orang di New York sanggup berbaris 3-4 jam semata-mata mahu mendapatkan Cronut dari Dominique Bakery.
Tahun 2016 merupakan satu babak baru dalam hidup Walter kerana beliau mengambil keputusan untuk belajar cara-cara membuat Cronut di Kuala Lumpur. Setelah berusaha selama 1 tahun, Walter akhirnya berjaya menghasilkan Cronut mengikut versinya sendiri.

Bahan/Ramuan
Susu, Air, Tepung, Yis, Gula, Garam, Telur, Mentega tidak bergaram, Gula Icing, Pewarna yang dibenarkan

Huraian Produk/Jualan
RM6.50 sekeping Cronut. Pembikinan Cronut memerlukan masa selama 3 hari iaitu penyediaan Doh pada hari pertama, hari kedua untuk Laminating dan hari ketiga, menggoreng dan penyediaan akhir sebelum Cronut boleh dimakan. Cronut mempunyai jangka hayat pendek dan dengan itu ia harus dimakan dalam tempoh 8-10 jam selepas ia dihasilkan.

Galeri Foto
















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini