Khamis, 18 Mei 2017

NESTUM®​ ​NOBAT RATU EMPAYAR SAJIAN NESTUM YANG PERTAMA



● Ibu muda kepada 4 dari Perlis muncul sebagai Pemenang Hadiah Utama Empayar Sajian NESTUM® 
● Antara hadiah dimenangi termasuk penerbitan buku resipi, kursus memasak dan baucer barangan elektrik. 

PETALING JAYA,16 Mei, 2017 — ​Jenama multi-bijirin Malaysia, NESTUM® telah menobatkan Alisa Roslan sebagai Ratu Empayar Sajian NESTUM® yang pertama setelah bertanding dalam acara kemuncak cook-off yang membabitkan empat finalis di pusat membeli-belah Sunway Pyramid, baru-baru ini. Resipi pemenang akan dimuatkan dalam buku resipi masakan “Quick and Easy Recipes with NESTUM®” terbitan Nestlé Malaysia. 

ESN_Judges_2
Barisan Hakim

Juruteknik komputer dan ibu kepada empat orang anak dari Perlis itu, muncul juara dengan resipi penyertaannya, Serawa Labu Manis NESTUM®. Barisan panel hakim yang diketuai oleh chef selibriti, Chef Naem bukan sahaja terpikat dengan rasa yang lazat tapi juga kerana penggunaan NESTUM® yang kreatif dalam resipinya. 

Alisa Roslan

Alisa, seorang peminat memasak sejak zaman sekolah lagi, telah mendapat pujian daripada seisi keluarga kerana kebijaksanaan beliau mengolah resipi tradisional pengat labu yang diadun dengan santan, gula merah, pandan dan NESTUM®. Suami dan anak tercinta adalah sumber inspirasi kepada ciptaan resipi bertuah ini; dengan sokongan kasih sayang yang berterusan, beliau telah pun berasa seperti juara sebelum beranjak ke peringkat akhir pertandingan. 

Serawa Labu Manis oleh Alisa Roslan

“Saya sangat gembira kerana dimahkotakakan sebagai Ratu Empayar Sajian NESTUM®. Sebagai seorang yang gemar memasak, saya memang minat mencipta resipi di dapur, namun sedikit pun tidak tersangka yang ciptaan serba sederhana ini telah melonjakkan saya sehingga muncul sebagai pemenang pertama peraduan,” jelas Alisa, yang menitis air mata kegembiraan. 

Alisa Roslan bersama keluarga

Saya sangat teruja untuk terus mencipta dan memasak resipi cepat, mudah dan berkhasiat dengan NESTUM®, dan tak sabar rasanya untuk berkongsi dengan semua orang,” tambah Alisa.

Alisa Roslan

Selain berpeluang menerbitkan resipinya itu, Alisa juga meraih hadiah kelas memasak peribadi dan eksklusif dari The Cooking House, perkakas memasak daripada Le Creuset, baucer eksklusif dan produk daripada Sen Heng, AEON dan NESTUM® – kesemuanya bernilai lebih daripada RM28,000.

Dari Kiri: Zul Razak, Lauren Tan, Silvin See, Alisa Roslan, Ng Su Yen, Kak Wan & Muhammad Falihin


“Kami memulakan kempen ini dengan tujuan untuk memberi ganjaran kepada para peminat setia NESTUM® dan menunjukkan betapa versatilnya NESTUM® sebagai sebuah produk yang boleh dijadikan ramuan masakan. Ia adalah tambahan yang berkhasiat kepada resipi, dan ini sejajar dengan hasrat kami untuk menggalakkan warga Malaysia membuat pilihan yang lebih sihat. Hasrat ini juga sejajar dengan tujuan Nestlé untuk mempertingkat kualiti kehidupan dan memberi sumbangan kepada masa hadapan yang lebih sihat,” jelas Encik Chew Soi Ping, Pengarah Eksekutif Jualan Nestle, Malaysia & Singapura. 


Dari Kiri: Chef Naem, Chef Muluk, Lester Kahn, Zulkifli Razak, Alisa Roslan, Mr.Choi Sew Ping, Ms Ng Su Yen, Ms.Silvin See, Wan Rogayah, Ms.Izanie Nadzim, Lauren Tan, Muhammad Falihin

“Menerusi Empayar Sajian NESTUM®, kami ingin menghargai peminat memasak yang bijak mengolah resipi dengan mengguna NESTUM®, dan Alisa telah berjaya melakukannya. Beliau mempamer kreativiti dan kemahiran, dan kami amat berbesar hati untuk memberikan platform supaya beliau dapat berkongsi sajian masakan yang lazat dengan orang ramai serta menjadi inspirasi kepada warga Malaysia seluruhnya,” tambah Ng Su Yen, Pengurus Eksekutif Perniagaan Milks, Nestlé Malaysia. 



Peraduan memasak tahunan ini adalah usaha Nestlé® untuk menggalakkan peminat memasak mempamer kreativiti masing-masing, sejajar dengan konsep penciptaan resipi cepat, mudah dan berkhasiat, dengan adunan khasiat dan kebaikan multi-bijirin NESTUM®. 


Kak Wan

Peserta finalis Empayar Sajian NESTUM® yang lainnya, terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berlainan. Antara mereka ialah, food blogger, Wan Rogayah atau lebih dikenali di kalangan peminatnya sebagai Kak Wan, yang telah menambat hati Chef Naem dengan penyertaan resipi Makmur Semolina NESTUM® Cookies; peminat makanan Zul Razak, yang telah meninggalkan dunia korporat untuk mencebur diri dalam perniagaan makanan dan masakan, telah turut menarik perhatian para hakim dengan penyertaan NESTUM® Awesomeness Fruit Crumble; penggiat Youtube dan penyanyi dari Melaka, Lauren Tan pula mengejutkan barisan hakim dengan NESTUM® Prawn Nuggets yang cukup ringkas tetapi lazat. 


Muhammad Falihin

Muhammad Falihin, yang baharu sahaja memperoleh ijazah sarjana (master’s) dalam senibena landskap, mendapat pujian daripada Chef Muluk kerana kreativiti resipi Sate Ayam NESTUM® beliau. 

Pengacara Majlis dan Barisan Hakim

Acara kemuncak cook-off itu dihoskan oleh pengacara TV, Sazzy Falak. Barisan hakim diketuai oleh chef selibriti, Chef Naem, dan turut disertai oleh beberapa perwakilan daripada Nestlé. 



GALERI FOTO


ESN_Nestum® Awesomeness Fruit Crumble

Nestum® Awesomeness Fruit Crumble oleh Zul Razak


ESN_Nestum® Prawn Nuggets

Nestum® Prawn Nuggets oleh Lauren Tan


ESN_Sate Ayam Nestum®

Satay Ayam Nestum® oleh Muhammad Falihin


ESN_Makmur Semolina Nestum® Cookies

Makmur Semolina Nestum® oleh Kak Wan


Dari kIri: Zul Razak, Alisa Roslan, Lauren Tan, Falihin dan Kak Wan


VIP Nestle dan Kakitangan






Mengenai NESTUM​ ® 
NESTLÉ NESTUM® mula diperkenal kepada rakyat Malaysia ketika1960an, sekaligus menyedia penyelesaian hidangan ramuan bijirin panas. NESTUM® adalah legasi Nestlé yang menyedia makanan kesihatan berkhasiat untuk hidangan kepada golongan dewasa muda dan sekeluarga. Multibijirin NESTUM® diperbuat daripada adunan gandum penuh, beras dan jagung yang sarat dengan vitamin B1 dan zat besi. Multibijirin NESTUM® dikenali sebagai AROMALICIOUS ® kerana ia satu-satunya fomula multibijirin di pasaran Malaysia yang diadun kaya berkhasiat dengan empingan aromatik keemasan yang lazat. 

Mengenai Nestlé Malaysia 
Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang ke arah masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Sejak 1912, kami telah menjana khasiat rakyat Malaysia menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia