Khamis, 25 Mei 2017

10 Alasan Untuk Anda Mengunjungi Garage Kafe Kota Kinabalu



Sudah 2 kali kami mengunjungi Garage Kafe. Selang masa 13 bulan diperlukan oleh kami untuk menentukan bahawa Kafe ini adalah antara Kafe yang terbaik di bandaraya Kota Kinabalu. Terletak di pinggir Jalan Pintas Penampang, Kafe ini sudah beroperasi sejak 13 bulan yang lalu. Ini bermakna kami pernah berada di sini pada saat-saat awal permulaan operasi mereka. Bersama beberapa ahli keluarga, kami datang berkunjung baru-baru ini dan kami sangat berpuas hati dengan hidangan serta layanan yang diberikan kepada kami. Atas sebab itu, kami senaraikan di sini 10 alasan untuk anda datang berkunjung ke sini. 



1. Promosi Sungkai untuk bulan Ramadhan 2017



Pada saat artikel ini diterbitkan, hanya tinggal sehari lagi sebelum tibanya bulan Ramadhan. Pada bulan Ramadhan, tentunya ramai yang ingin mencari tempat yang sesuai untuk berbuka puasa setelah seharian menjalankan ibadah puasa. Kepada yang bukan Islam, saat ini digunakan untuk menikmati bersama-sama hidangan lazat yang disediakan di kebanyakan restoran dan hotel. Garage Kafe menawarkan buffet Sungkai setiap hari pada bulan Ramadhan. Sebanyak 30 jenis hidangan bakal disediakan untuk para pengunjung. Harga yang ditawarkan amat berpatutan sekali dan Garage Kafe terkenal dengan keupayaan Chefnya dalam menghasilkan makanan yang sedap dan berkualiti. Setentunya anda tidak mahu melepaskan peluang untuk mencuba sesuatu yang baru ketika berbuka puasa nanti.




2. Kafe ini menyediakan hanya Makanan dan Minuman Halal/Muslim Friendly



Kafe ini dimiliki dan diuruskan oleh pasangan suami-isteri yang beragama Islam. Kesemua makanan dan minuman yang dihidangkan di dalam kafe ini adalah halal dan sememangnya ramai pelanggan mereka juga yakin dengan status Halal makanan/minuman mereka. Kami pernah berkunjung ke sini dan kami memberikan keyakinan itu sepenuhnya kepada anda. Anda tidak perlu berasa was-was dengan status Halal makanan/minuman di sini. Pemilik Kafe ini sentiasa memberikan perhatian khusus kepada bahan-bahan yang digunakan semasa proses masakan. Kebersihan Kafe ini juga berada di tahap yang sangat memuaskan.




3. Lokasi



Kafe ini letaknya di bahu jalan utama Penampang Bypass. Lokasinya ini sangat strategik terutamanya bagi mereka yang tinggal di sekitar Penampang. Kepayan, Petagas, Putatan dan Bandaraya Kota Kinabalu. Kesemua jalan utama memberikan akses mudah kepada anda untuk datang ke sini. Kafe ini tidak terletak di dalam kawasan terpencil misalnya dalam sebuah kawasan Perniagaan atau Taman Perumahan. Ia mudah untuk dilihat dari jalan utama ketika anda menggunakan jalan menuju ke Grand Plaza Millennium. 





4. Pilihan Menu yang luas





Kafe ini menawarkan pelbagai jenis makanan yang terdiri daripada pelbagai kategori. Pelanggan boleh memilih sama ada untuk menjamah hidangan barat, Asia mahupun makanan ringan seperti kentang goreng dan sebagainya. Menu yang pelbagai itu disusun dengan kemas menhgikut kategori serta penjelasan untuk setiap hidangan dan ini memudahkan pelanggan membuat pilihan. 



Pelanggan boleh mencuba satu-satu hidangan setiap kali datang ke sini. Walaubagaimanapun, ada kemungkinan anda akan mengulangi pilihan yang sama kerana setiap pilihan dihidangkan dengan penuh perhatian dan setentunya akan membuat anda serba salah untuk mencuba sesuatu yang baru! Jika anda datang dalam kumpulan yang besar, setiap seorang dari anda bolehlah memilih menu yanng berbeza. 



Terdapat juga menu yang disediakan khusus untuk hujung minggu iaitu Sup Tulang Power dan Sup Gearbox Meletup! Dua hidangan ini amat popular di hujung minggu dan sangat kami sarankan jika anda berkunjung ke Kafe ini. 




Pilihan menu untuk minuman juga tidak mengecewakan. Kafe ini menawarkan pelbagai jenis minuman untuk semua golongan umur. Tidak kira usia anda berapa, anda akan mendapati bahawa anda mempunyai pilihan yang sesuai. Kami menyarankan agar mereka yang datang dalam kumpulan besar untuk memesan setiap jenis minuman agar anda tahu yang mana patut anda pesan jika datang lagi ke Kafe ini.




5. Hidangan berkualiti tinggi dengan Harga yang berpatutan




Kami sendiri telah mencuba 9 jenis makanan utama, 7 jenis minuman dan 2 hidangan pemanis mulut. Setiap satu hidangan itu disediakan dan dimasak dengan begitu sempurna dengan pengunaan bahan yang cukup serta sesuai. Kesemuanya dihidangkan dengan begitu baik di atas pinggan dan memikat selera kami. Kualiti makanan tidak dikompromi oleh para petugas di dapur. Pemilik Kafe juga sentiasa memastikan bahawa hidangan disajikan dengan cukup sempurna serta bekualiti tinggi. 



 Sup Gearbox Meletup RM25.00 (Dihidangkan bersama dua set nasi putih)

Harga makanan dan minuman pula sangat berpatutan. Ia tidak terlalu mahal seperti mana yang terdapat di Kafe/Restoran yang lain. Sup Gearbox berharga hanya RM25 dan ia dihidangkan dengan dua set nasi putih. Sup Tulang Power pula dijual pada harga RM12.90. Anda tidak akan menyesal untuk membayar harga tersebut kerana kuantiti atau saiz hidangan bakal memuaskan hati anda.  


Sup Tulang Power RM12.90


Harga minuman juga tidak mengecewakan kerana ia ditawarkan pada harga yang amat berpatutan sekali. Contohnya, Vanilla Caramello hanya berharga RM12.90 dan ia amat berpatutan sekali memandangkan saiznya yang agak besar! 


Vanilla Caramello RM12.90

Cookies Crumble RM12.90


Strawberry Love RM12.90





6. Pilihan luas untuk Hidangan Masakan Barat 



Chicken Chop Full Throttle RM15.90


Garage Kafe terkenal dengan keupayaannya untuk menghidangkan Masakan Barat. Ramai pelanggan setia mereka mengakui hal ini dan mereka sering datang untuk menikmati hidangan tersebut. Pilihan masakan/hidangan barat tersedia dengan banyaknya di dalam menu baik yang berasaskan pasta sehinggalah hidangan yang berasaskan daging. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, harga kesemua makanan di Kafe ini adalah amat berpatutan. Berikut adalah beberapa contoh masakan barat yang terkenal di Garage Kafe.


Grilled Lamb Chop RM18.90

Rock and Roll Baked Chicken RM17.90

Spaghetti Aglio Olio RM13.90

Spaghetti Butter Chicken RM12.90

Salmon Steak and Pasta RM25.90



7. Kapasiti/Ruang luas pengunjung



Garage Kafe baru sahaja selesai menyiapkan projek pengubahsuaian ruang kedai. Ruang untuk pelanggan kini bertambah sekali ganda dan ini memberikan keselesaan kepada para pelanggan. Lebih banyak meja dan kerusi akan disediakan. Pelanggan tidak lagi perlu risau dengan ketersediaan meja dan kerusi yang mencukupi. Pemilik Kafe pada saat ini sedang berusaha untuk memberikan ruang tambahan kepada jumlah pelanggan yang semakin bertambah setiap hari.




8. Keselesaan/Kemudahan untuk Pelanggan



Kafe ini berhawa dingin dan ini memberikan keselesaan kepada para pelanggan. Pelanggan tidak terdedah kepada elemen luar seperti cuaca panas dan hujan. WiFi juga disediakan secara percuma untuk memastikan pelanggan sentiasa mempunyai akses kepada talian internet. Meja-meja di dalam Kafe ini juga boleh digabungkan mengikut jumlah pelanggan yang datang. Mereka yang datang dalam kumpulan besar boleh meminta untuk meja-meja tertentu digabungkan. Kesemua kemudahan ini memberikan keselesaan tinggi kepada anda dan rakan/keluarga anda. 




9. Menikmati hidangan dalam keadaan santai




Menikmati hidangan dalam keadaan santai adalah sesuatu yang sangat digemari para pelanggan. Ini terutamanya bagi mereka yang datang bersama anak-anak. Pemilik Kafe ada menyediakan ruang khas yang dilengkapi pelbagai jenis permainan. Pelanggan bebas untuk membawa permainan tersebut ke meja mereka. Pelbagai jenis buku juga disediakan untuk bacaan para pelanggan. Kesemua ini mewujudkan keadaa yang santai dan tidak terlalu formal untuk para pelanggan.




10. Kafe ini sedia untuk pelbagai majlis sambutan kecil



Jika anda ingin menyambut ulang tahun kelahiran rakan atau ahli keluarga anda, anda boleh berhuvbung terus dengan pemilik Kafe untuk menyediakan ruang yang sesuai dan memilih jenis makanan yang sesuai untuk majlis tersebut. Dalam erti kata lain, Kafe ini sesuai untuk anda meraikan rakan/ahli keluarga dan pemilik Kafe sentiasa terbuka untuk berunding dengan anda. 




GARAGE KAFE

Jalan Pintas Penampang/Penampang Bypass

(Sebelum simpang ke Grand Plaza Millenium-rujuk peta)

Tel: (088) 732 377 atau 012 - 820 8290

Laman Rasmi Facebook: Klik SINI

Instagram: Klik SINI



GALERI FOTO